Tips Istiqamah Solat Fardhu

Assalamualaikum ..
Hai semua..
Moga dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat , inn shaa Allah.
Hari ni nak bercerita tentang tips untuk istiqamah dalam solat.
Actually, lately banyak kita lihat golongan muslim ni menganggap solat sebagai perkara yang remeh dan ringan.Haa secara amnya golongan muda mudi macam ayin ni la atau senang cakap golongan "Remaja".


Tips pertama :Niat mesti ikhlas.
Pasang niat untuk settlekan solat lima waktu bagi cukup dulu.Kalau boleh jangan tinggal langsung.Namun kalau usaha ni pon masih belum lepas,bermakna kita belum kuat untuk beribadah.


Kedua : Banyakkan berzikir.
Zikir merupakan salah satu kaedah menyucikan diri kita secara dalaman jadi kita boleh aplikasikan zikir bila2 masa saja.Sahabat2 boleh ja guna teknologi yang ada sekarang macam pasang zikir terapi diri ke kat earphone then just follow ja.Actually benda ni kita cuba slow2 lama2 nanti melekat la di hati.


Ketiga : Maintain solat lima waktu.
Teruskan buat ibadat khusus tapi cuba maintainkan contohnya setiap hari lepas maghrib boleh la baca surah Al Mulk .Tak kiralah busy macam mana pon kita mesti tetapkan asal lepas solat ja wajib baca.In shaa Allah ada ganjarannya.Boleh ja kalau nak pilih baca Yasiin setiap malam.

Keempat : Solat di surau atau masjid.
Memang tempat ni lah yang paling sesuai untuk kita mantapkan solat kita .Sebab apa? Haa bila kita solat di sini dah tentulah awal waktu,dah tentu berjemaah,dah tentu wirid,dah tentu berdoa,tambah ja lagi dengan solat2 sunat.
Ini peringatan untuk ayin jugak..hehehe.Apa yang penting kita berusaha perbaiki diri. :-)
Haa tu ja la tipsnya..walaupon ada banyak lagi tapi cukup la kita praktikkan tips2 ni dulu.Bagi ayin nak capai sesuatu tu kita mesti ada matlamat yang jelas.Matlamat tu ibarat petunjuk arah kepada kita.Kalau tiada guide macam mana kita nak tahu kita nak pergi mana kan..
Ok selamat beramal semua.Harap kita sama2 mendapat manfaatnya.Amiin..

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke Terengganu

Ekspedisi Penyambung Warisan - First Day

Ekspedisi Penyambung Warisan- Day 3