Travel to Sabah - Part 1

Assalamualaikum :)
Malam ni iolls nak story pasal pengalaman kat Sabah selama 4 hari 3 malam.
Actually travel ni atas subjek tour guiding.
Kami semua kena praktikal jadi tour guide sorang-sorang dekat tempat-tempat yang dah ditetapkan.
Awalnya nervousla jugak sebab kitorang pun tak arif sangat kan pasal tempat tu tapi atas effort sendiri cari segala info semua pasal tempat tu ,so alhamdulillah semuanya okay je !

Hari pertama kami pergi tak buat apa-apa lagi sebabnya masing-masing dah lembik.
Mana taknya seharian naik bas 5 jam then naik flight pulak 2 jam lebih.Memang agak blurr la hari pertama tu kan..hahah
Kami memilih Marina Court sebagai tempat penginapan iaitu terletak di Kota Kinabalu
Alhamdulillah sangat sebab bilik dia cantik plus lengkap dengan semua peralatan memasak,mesin basuh baju,peti sejuk then Astro pun ada.
Kira okla sebab harga pun boleh tahan jugak kan.




Haa ni serba sedikit gambar Marina Court tapi kalau tengok depan-depan lagi cantik.Tak macam sesetengah tempat tu harap gambar je cantik tapi realitinya hampeh!

Ini kita masukkan video dalam flight..hehe.
Subhanallah memang cantik view dari atas.




Waktu first day tuu kitorang pergi Gaya Street tengok tempat-tempat sekeliling situ.Pada masa yang sama juga orang kat situ tengah sambut Cap Go Meh.

 yang baju biru tu asal tangkap gambar je tido..haih

 Haa ni baru comel..hikhik



Memang bising sikit..tapi alhamdulillah la dapat berjalan lancar tour guiding pada hari tu walaupun keadaan panas terik.



Then, kitorang sempat jugak pergi melawat Jesselton Point..




lepas Jesselton kitorang pergi Bukit Bendera pulak..memang agak panas waktu tu so siapa yang jadi Tour guide time tu memang kena banyak sabar laa..

 Muka iolls pun dah berkedut sebab tahan panas.. huhu


Seterusnya kitorang berhenti solat jumaat ..memandangkan hari tu hari Jumaat.
Kaum adam semua pergi solat then kami kaum hawa ni apalagi pergi makan la..hehe

lepas semua dah siap sedia solat, makan semua..Kitorang sambung balik tour ke Kinabalu Wetland Centre.
Situ tak ada apa sangat just more to penjagaan alam sekitar dan fauna.


Then kitorang pergi melawat Muzium Sabah.Agak nice la. Banyak sangat bukti sejarah yang kitorang dapat lihat sendiri dan amat kagum dengan orang Sabah.

tapi kat situ tak boleh ambik gambar so dapat tengok je laa..
Kalau nak tengok travel la ke Sabah. haha.

Last sekali untuk petang tu kitorang pergi Masjid Negeri Sabah.
Memang sangat besar dan cantik.Tempat ambil wuduk dia punyala jauh dengan ruang nak solat..
Haha..tapi series besar jugakla..pejabat semua ada kat situ.Ada jugak nampak diorang adakan kelas kat situ.Tak pasti pulak kelas apa.Almaklumlaa masa yang diberi pun singkat sangat waktu kat situ.
Sempat solat je la.

Then malamnya pulak,kitorang pergi melawat Tanjung Aru dan Perdana Park.Actually  Tg.Aru tu just pantai je..tapi ramaila orang.Biasalah malam-malam macam tu kan..tambah pulak dengan restaurant-restaurant seafood yang berdekatan, so thats why la ramai orang kat situ.

Lepas dah enjoy2 semua kat situ then kitorang gerak pulak ke Perdana Park.Ni la tempat iolls kena jadi tour guide..hahaha
Serius weh agak gementar sebenarnya tapi cuba sedaya upaya ignore perasaan tu.Akhirnya selesai jugak.Wehuu.. pada masa yang sama ada Musical Fountain Performance waktu tu.So semua orang dah tak fokus kat kita la.Semua sibuk merakam musical fountain tu..

Iolls pun tunggu apa lagi.rakam jugaklaa..Cantik kot..haha.

Lepas dah pusing sekitar Perdana Park tu,terus balik ke bilik berehat dan prepare untuk tomorrow punya tour pulak.

Oklaa.. kita sambung story next entry okey! Tangan pun dah lenguh dah ni..Ok annyeong :)
















































Comments

Popular posts from this blog

Kejayaanku Kegembiraan Mak & Ayah :)

Trip ke Terengganu

Best Drama to Watch!