Selamatkan saudaraku :'(

Assalamualaikum :)

Hai semua ..rasa macam blurr je hari ni seharian duduk dalam bilik. Almaklumla tengah study week kan.
Serious tak tau nak buat apa dah. Nak study sangat pun tak boleh..
Tapi esok I dah ada planning..cuba teka apa?? (angkat-angkat kening)
 Langkawi here we go !! (tepuk tangan sorang2)..

Nak pegi isi borang apply kerja sebenarnya untuk cuti sem ni..semangat kan.Gila tak semangat cuti sem dua bulan kot..Bukan namanya Nurul Hazreen la nak duduk rumah goyang kaki lama-lama tu..(muka berlagak)
Haha takda la bukan apa rugi masa pulak bila pikir balik cuti 2 bulan stay kat rumah tanpa berbuat apa..
So so so wasting my time..no no no! Hm actually bukan pasal ni I nak cerita.

Sebenarnya semalam kat twitter ada ternampak satu tweet ni yang ada gambar baby kecil dimana kulit kepala dia terkopek .Masha Allah takut tengok dan ofcoz airmata ni menitis tanpa disedari.Ya Allah kesiannya kan..yang sedihnya sebab apa jadi macam tu hm budak tu terkena bom kat Syria.

Actually ni bukan gambar yang I tengok kat twitter tu tapi still buat hati ni rasa runtun :'(


Seperti yang kita semua sedia maklum kat sana still lagi berperang kan..sama macam kat mesir dan Palestin jugak.Semua ni takkan berakhir sampaila hari kiamat. Mungkin di dunia kehidupan mereka macam ni tapi kat akhirat nanti Allah dah sediakan tempat yang cukup indah, aman dan selesa dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan yang selama ni mereka tak dapat but kat sanalah Allah ganti balik kan.. tapi I still geram bila tengok gambar bayi kecil tak berdosa kena lalui macam tu.

Sebenarnya I berazam nak pergi sana suatu hari nanti. Kalau boleh nak ambik anak angkat dari sana. Ataupun kalau I kaya sikit,  nak bina satu rumah untuk anak-anak kecil dari sana tinggal dekat Malaysia. Pendidikan semua I tanggung (hehe besar kan angan2 iolls.)Tu pon sekiranya dikurniakan rezeki yang lebih. Tapi tunggu habis study dan berjaya dulu lah..lambat lagi. Kira-kira sempat tak eh nak buat semua tu..Teringin sangat ..harap impian ni tercapaila. Banyak sangat benda nak buat tapi risau kalau tak sempat.Sebab kita tak tahu kan ajal kita bila so nak buat baik ni rasanya tak perlu tunggu. Apa yang kita ada dan kita boleh beri, kita beri seikhlas hati. In sha Allah balasan Allah menanti :).

Tapi tu semua impian la..sekiranya termakbul alhamdulillah.Sama-sama la doakan saya berjaya kelak. Amiin .

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke Terengganu

Ekspedisi Penyambung Warisan - First Day

Ekspedisi Penyambung Warisan- Day 3