Precious Experience at Belum Rainforest Resort

Assalam semuanyaa ..
I'm back :)

Entri kali ni nak story pasal satu tempat yang mana merupakan tempat praktikal saya ketika semester akhir diploma haritu. Tempatnya sangat cantik dan nature. Ramai foreigner yang suka pergi travel situ. Stesen televisyen pun banyak buat filem, dokumentari and macam-macam lah disebabkan Hutan Belum ni merupakan hutan yang tertua dan sudah berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari hutan Congo dan Amazon. Haaa amazing kan fact dia. Dekat sini juga tempat di mana kita boleh spot bunga Rafflesia. Bunga Rafflesia kat sini ada 3 jenis iaitu Cantleyii, Kerii, dan Azlanii. Haiwan-haiwan terancam pun still ada lagi kat sini contohnya gajah liar, harimau, beruang matahari, tapir and banyak lagi lah yang pelik-pelik. Jenis-jenis flora pun ada lebih kurang 3000 spesies kat sini.

Selalunya journalist, ahli kaji hutan and orang-orang profesional dari dalam dan luar negara akan datang sini untuk buat kajian.Time saya praktikal haritu ada sorang foreigner ni dia jalan dari pekan Grik sampaila dekat BRR ni punyalah semata-mata dia nak tangkap gambar hornbill. Muka dia sampai merah sebab berjalan tengah panas kan.Perghh mat saleh memang suka buat kerja extreme pun kan..haha. Tapi time tu hornbill takde sebab hornbill ni dia akan appear ikut musim. Then, foreigner tu dia stop rehat kejap sambil bukak laptop dia. Kesian jugak tengok dia dengan penat macam tu tapi takde hasil, so saya pun ambikla 2 botol mineral water bagi kat dia buat kurangkan lelah. After rehat kejap, dia sambung berjalan lagi ke sebelah bridge menuju ke Jeli. Entahla apa dia nak cari pulak.

Staff kat sini juga mostly terdiri dari orang tempatan iaitu penduduk sekitar Grik and orang asli kat sini juga diberi peluang pekerjaan untuk bekerja di sini oleh owner resort iaitu , Tan Sri MK. Orang asli ini juga merupakan anak angkat Tan Sri MK tau. Mulia sungguh kan hati MK bantu masyarakat orang asli dan juga orang Grik ni. Untuk pengetahuan semua, untuk bekerja disini, pengalaman adalah sangat penting.Time saya praktikal haritu, hari-hari ada je orang datang apply kerja tapi susah nak dapat even study until Master. Tapi mana yang ada kenal orang di situ mudahla. Sebab mungkin company nak minimumkan pengeluaran kos so they prefer to train orang dalaman untuk isi kekosongan yang ada.

Saya sarankan untuk adik-adik yang mana bidang tourism bolehla praktikal kat sini. Masukla bahagian Recreation Department. Boleh gali banyak pengalaman and belajar banyak facts pasal Hutan Belum ni. Interesting dan sangat best. Saya juga diberi kepercayan untuk in charge as Recreation Admin. Everything about handle booking, email, phone, coordinate task untuk tour guide, calculate revenue semua saya akan handle unless kalau saya tak tahu barulah saya akan pass or tanya my superior. Memang penat juga sebenarnya sampaikan kadang tu kerja beyond working hours tapi disebabkan passion and suka entertain guests so bila guest satisfied saya pun rasa happy and segala penat lelah tu hilang macam tu je.


Ni Rafflesia Cantleyii dekat Sg Gadong.



Ini adalah dry salt lick iaitu tempat di mana gajah mengambil garam mineral untuk diet sebabnya gajah kan asyik makan tumbuhan so untuk stabilize dia punya body dia akan ambik salt lick ni.


Haa ini namanya bamboo rafting. I dah try memang best uolls even pada mulanya takut jugak terjatuh dalam tasik kan..haha .Don't worry ia sangat stabil dan yeap sangat best to try especially dengan orang tersayang. Wahh romantik gitu.




Okey time ni saya follow another local guides untuk bawak group tourist dari France.Tapi diorang ada guide sendiri jugak yang follow sebab diorang memang tak paham English. 

My colleagues time praktikal. Semua ni staff BRR cuma saya and yang baju biru depan ni je praktikal. Rindu mereka semua :'(


Okeylah setakat ini sahaja. Kalau nak upload gambar memang banyak so gambar-gambar ni pun dah cukup untuk menggambarkan betapa indahnya suasana kat BRR. I really recommend uolls untuk travel sini.

Jika pernah datang ke sini bolehla tinggalkan komen anda untuk memberi feedback. Hehehe.
*dah gaya travel advisor pulak blog ni*


Annyeong !

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke Terengganu

Ekspedisi Penyambung Warisan - First Day

Ekspedisi Penyambung Warisan- Day 3