Ekspedisi Penyambung Warisan - Day 5

Assalamualaikum :)

Hey guys.. malam ni I nak wrap up this story. Panjang jugak actually nak cerita 6 hari punya ekspedisi heheh. But sokay I memang suka menulis but tu lah kekangan masa tu yang buatkan ambik masa sikit untuk habiskan.

Untuk hari ke-5, Merra, Kak Timah and me bangun awal pukul 3 pagi untuk masak for everyone since ration ada banyak lagi and kitorang decide untuk habiskan untuk breakfast. Nasibla dalam pukul 5 pagi, semua peserta perempuan dah bangun and ready untuk tolong kat dapur sekali. Urus setia pun datang tolong jugak. Menu kitorang buat ialah Nasi Goreng Ikan Bilis, Teh Panas, and Telur Dadar. Menu ni simple je tapi bermakna sangat bila dapat makan ramai-ramai macam ni.


Abang Akmal tengah brief macam mana nak ride kuda.



Tenang je naik atas kuda ni



Aktiviti kitorang seterusnya adalah menunggang kuda. Lepas dengar briefing semua cara tunggang kuda, each one of us pun dapat tunggang kuda and rasa betapa tenangnya bila dapat naik atas kuda ni. Abang Akmal cakap kuda pun dapat rasa actually if you tengah panik ke apa. So, its very important untuk stay calm waktu naik kuda. Next, kitorang semua terus gerak ke Gua Batu Maloi untuk next activity. Dalam 40 minit perjalanan, kitorang sampai sana around 9.30 pagi. Dalam gua tu, mostly batu-batu sangat besar and sangat mencabar jugak untuk orang yang berbadan besar nak masuk tu sebab laluan masuk memang kecik sangat. Nasibla I badan kecik je kalau tak struggle weh. Ada laluan yang kena merangkak, ada yang kena meniarap sebab nak fit that laluan yang kecik celahan batu tu.


Dalam Gua Batu Maloi


Cara hilangkan penat is...selfie :))


Muka lepas keluar dari Gua


 Yeah!! We are done!

Kemudian jam 12 tengahari, kitorang sampai dekat tempat berkumpul and ready untuk makan tengahari. Next activity bermula pada jam 3.30 petang which is Abseiling and Climbing session. I rasa nervous actually untuk buat abseiling for the second time sebab waktu Diploma I dah cuba and gementar jugak nak jatuhkan badan dulu and turun guna tali. But, En Amir and isteri dia tak henti bagi kata-kata semangat untuk try and buang perasaan takut tu. Alhamdulillah I buat untuk second time and it was fun!


 BBQ toimeeee..

Aktiviti tadi tamat around 6 petang and kitorang pun gerak balik campsite. I ingat dah boleh rehat but no! Kitorang kena prepare BBQ untuk makan malam sebab dah malam last yehuuu. So, lepas bahagi tugas..kitorang start basuh ayam, daging, buat sos and prepare untuk bakar. Malam tu, makan malam penuh dengan gelak tawa and puas sebab bila ingat balik apa yang kitorang dah lalui few days ago omg macam tak percaya weh!

Lepas dinner, kitorang kena berkumpul dekat Astaka. Memandangkan awal lagi untuk start aktiviti malam tu.. so kitorang join group abang-abang yang tengah menyanyi tu.

Aktiviti last kitorang malam tu just tentang pendapat kitorang tentang Melayu. Memandangkan GPMS memperjuangkan bangsa Melayu, sebab tu lah semua aktiviti ni semua berkaitan dengan Melayu untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar Melayu supaya jangan leka agar tak ketinggalan lagi di bumi sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke Terengganu

Ekspedisi Penyambung Warisan - First Day

Ekspedisi Penyambung Warisan- Day 3